Monday, December 19, 2011

Belajar berniaga

10 Tip memulakan Perniagaan kecil-kecilan.

Berikut adalah 10 tip perniagaan yang boleh kita manafaatkan bersama-sama di dalam kita membina empayar perniagaan kita. Biar pun kecil namun ia adalah titik usaha kita di dalam mempelajari selok belok perniagaan. Bagi yang ingin memulakan perniagaan bolehlah kita berkongsi ilmu untuk kejayaan bersama.

1. Untuk berjaya di dalam perniagaan kita perlukan pengorbanan. Usahawan adalah individu yang sanggup bekorban sekarang untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

2. Jangan terlalu merancang sebelum membuat keputusan. Ramai yang terlalu merancang sehingga lupa untuk bertindak.

3. Semua perancangan perniagaan yang kita fikirkan adalah betul. Tiada satu pun yang salah. Buktikan perancangan kita betul dengan mengambil tindakan. Salahnya bila kita apabila tidak bertindak.

4. Perniagaan adalah mengenai networking. Apabila kita tidak menambah networking maka kita tidak menjalankan perniagaan.

5. Pemasaran secara konvensional yang kita lakukan untuk perniagaan kita seharusnya seiring dengan pemasaran secara online. Sebagai seorang usahawan, dunia perniagaan sekarang pemasaran secara online tidak boleh di abaikan. Fakta, beliau juga banyak memperolehi pelanggan secara online.

6. Bekerja dalam kumpulan adalah yang terbaik kerana kita sendiri tidak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Apabila bekerja dalam kumpulan, banyak benda yang kita boleh lakukan dan gandakan keuntungan.

7. Masalah perniagaan adalah satu perkara biasa. Masalah biasanya datang dari diri kita sendiri ataupun dari luar. Namun, jangan sesekali kita biarkan masalah perniagaan mempengaruhi diri kita kerana sebagai usahawan kita perlu sentiasa kelihatan hebat di mata pelanggan dan pesaing. Selesaikan masalah secepat mungkin.

8. Duit aliran keluar masuk di dalam perniagaan adalah sangat penting. Sebagai usahawan kita perlu berdisiplin apabila berurusan berkaitan kewangan. Nanti, senang nak buat pinjaman bank.

9. Perniagaan memerlukan modal pusingan. Oleh itu gunakanlah wang simpanan yang ada sebagai pelaburan. Jangan takut, kerana jika kita kuat berusaha sudah tentu modal pusingan tersebut akan diperolehi semula.

10. Di dalam perniagaan kita perlu berfikir diluar kotak dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Wahai pembaca yang budiman,

Saya memulakan perniagaan sampingan ketika bekerja di sebuah kilang di utara tanah air. Dari situ terasa kepuasan apabila saya mampu membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah. Pernah dengan menggunakan wang hasil dari keuntungan jualan itu juga, saya telah pergi melancong ke Langkawi Kedah hampir seminggu dan mampu menghadiahkan kepada isteri saya seutas gelang emas. Terasa puas kerana setelah berusaha saya mampu membeli apa yang dihajati walaupun ia tidak seberapa.

Namun begitu pada awalnya terasa kekok dan malu untuk menjual kain pasang, minyak wangi dan sebagainya kepada pelanggan. Tetapi apabila berjaya memperolehi wang pusingan modal tersebut semula, terasa betapa nikmatnya berniaga. Ia adalah hasil daripada titikpeluh sendiri.

Oleh itu jangan takut untuk memulakan perniagaan walaupun hanya sebagai sampingan kerana ia mampu menjana pendapatan kita. Saya terasa terpanggil semula untuk memberi peluang kepada sesiapa yang sudi untuk menjadi pengedar minyak wangi. Kita gunakan modal yang kecil untuk bertapak. InsyaAllah dengan izinnya nanti, berkat usaha kita walaupun kecil ia boleh menjana pendapatan kita.

No comments:

Post a Comment