Tuesday, November 15, 2011

Iman


Hari ini hati tersentuh dengan beberapa perkara yang berlaku di dalam jangka masa yang terdekat ini. Jika diamati, sungguh "Maha Besar Allah" yang menentukan "Qada dan Qadar, Maka kita sebagai manusia haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka dan terus berusaha di atas keupayaan diri sendiri untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang berbaki ini.

APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada. Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.

Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”. Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?

Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar. Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.

2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.

3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.

4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib

5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.

6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.

7. Berat dalam mengingat Allah.

8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.

9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.

10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.

11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.

12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain

13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.

14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.

15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.

16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.

17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.

18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.

19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.

20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Semoga apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan ini akan diberkati olehNya....Amin.....

Friday, November 11, 2011

Produk kepasaran.

Hampir seminggu berusaha keras di dalam menyiapkan beberapa bingkai hiasan dinding (frame picture). Terasa tercabar juga kerana ia amat memerlukan kreativiti yang tinggi. Bagi mereka-mereka yang menjalankan bisnes ini diluar sana sudah pastinya mudah kerana segala peralatan yang ingin digunakan telah sedia ada. Tapi bagi kita yang baru mula nak berjinak-jinak dengan bisnes ni terpaksalah membuat pelaburan dari segi masa dan juga kewangan. Peralatan setiap hari kena beli sebab nak melengkapkan supaya hasil yang akan siap kelak tidaklah cacat.

Apa tidaknya hasil pertama nampaknya siap tapi bila diamati betul-betul rupanya ada cacatnya kerana gambar tak menonjol. Jadi terpaksalah mencari kaedah untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik. Ini supaya apabila gambar yang hendak dicetak oleh pembekal tidak akan mengalami sebarang masalah. Komennya nanti ada gambar yang pecah (warna menjadi retak), gambar kabur dan pelbagai masalah berbangkit.

Apa yang paling mencabar adalah di dalam proses menyiapkan bingkai. Oleh kerana peralatan yang digunakan tidak cukup bingkai tidak dapat berdiri di dalam 45 darjah. Ada yang senget dan apa yang tidak disukai adalah apabila nak mencantumkan kesemua kayu-kayu tersebut untuk dijadikan bingkai.Tapi atas berkat kesabaran dan semua peralatan sudah dibeli maka siap jugalah bingkai-bingkai tersebut.

Hasilnya amat memuaskan hati dan kesemua bingkai gambar tersebut telah pun masuk kepasaran dan ada yang sudah ditempah. Dulu melihatnya sahaja. Rasanya mudah. Tapi apabila melaluinya, rasanya lebih baik dibeli sahaja. Lebih mudah.

Tapi apa yang lebih menyeronokkan adalah permintaan minyak wangi kian meningkat. Tempahan dari pengedar-pengedar kian rancak. Ini lebih mudah tapi kos modal besar juga kerana pembekal tidak mahu menjual pati minyak wangi dengan kuantiti yang sedikit.

Bagi anda yang ingin menghias kediaman anda apa kata kita cuba hiaskan dengan bingkai gambar seperti contoh di atas. Jika berkenan dihati sila berkunjung ke halaman "Koleksi Hiasan Dinding" kami.

Apa pun yang kita lakukan biarlah kita mencari keberkatan daripadaNya kerana ini adalah usaha kita sendiri. Bagi kita yang melata dibumi Allah ini, kita manafaatkanlah masa yang ada dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita daripada mencari kemudaratan. Jadi kita renung-renungkanlah :-

  1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
  6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
  13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
  15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
  17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
  19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
  20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
  21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
  26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
  27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
  28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
  29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
  30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
  31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.
  33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”
  34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”
  35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
  36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
  37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”
  38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”
  39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
  40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.”
  41. Hadiah Terbaik:
    • Kepada kawan – Kesetiaan
    • Kepada musuh – Kemaafan
    • Kepada ketua – Khidmat
    • Kepada yang muda – Contoh terbaik
    • Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan
    • Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
    • Kepada manusia – Kebebasan

  42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”
  43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
  44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”
  45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”
  46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”
  47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang”
  48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”
  49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”
  50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”
  51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
  52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”
  53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”
  54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”
  55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”
  56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”
  57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
  58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
  59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
  60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
  61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
  62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan”







Thursday, November 3, 2011

Mencari kreativiti pada diri sendiri

Susah juga nak menentukan apakah kreativiti yang ada pada diri sendiri. Apa tidaknya minat di dalam pelbagai aspek hingga jadi tidak keruan dibuatnya. Padahal Tuhan sudah menganugerahkan kepada diri kita, dan kita sendirilah yang perlu untuk menilainya.

Modal perlu sebagai pelaburan samada kita berjaya atau tidak. Apa yang perlu keazaman dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Ramai yang berjaya setelah melalui saat-saat kesusahan diluar sana. Adakah kita hanya mampu berdoa dan berharap sedangkan kita mampu untuk mengubahnya kerana kita disertakan akal dan fikiran.

Pertimbangan selalu dibuat tetapi takut untuk menghadapinya. Masa bergerak pantas seiring dengan usia kita. Sedar tak sedar umur kian meningkat dan anak-anak semakin membesar.

Berbalik kepada kreativiti, adakah kita merupakan seorang yang kreatif. Berbagai-bagai usaha boleh dilakukan untuk menjadikan kita seorang yang kreatif walaupun hanya setakat di dalam rumah. Mari kita sama-sama fikirkan apakah yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang yang boleh menambahkan pendapatan kita.Berikan komen anda.....

Adakah anda ?

i. Kebolehan atau kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.

ii. Kebolehan atau kemampuan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.

iii. Kebolehan atau kemampuan untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru.

iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.

Sama-sama kita fikirkan.....

Wednesday, November 2, 2011

Minat

Assalammualaikum,

Salam buat semua yang sudi berkunjung ke blog ini. Di sini akan saya akan pamerkan hasil daripada minat yang mendalam walaupun tidak seberapa hasilnya. Namun mampu memberi kepuasan pada diri sendiri. Sejak kebelakangan ini saya sering berkunjung kebeberapa pasaraya terkemuka dan tertarik dengan "Canvas Art" tetapi harganya mahal sangat sampai mencecah Rm 150.00 ke atas. Ada yang murah tetapi saiznya pula kecil.

Tetapi apabila melihatnya saja pada dinding ruang pameran aduhai sejuk mata melihatnya. Kita yang berpendapatan sederhana ini terpaksa berkira-kira di dalam usaha menghias kediaman supaya menjadi "Rumahku Syurgaku.

Minat yang mendalam tidak kira kaum wanita atau lelaki di dalam usaha menghias kediaman menjadi trend semasa. Ada yang moden, rose design, antik dan lain-lain lagi.

Apa pun jika anda seorang yang kreatif pastinya kediaman anda akan menjadi lebih cantik dan selesa walaupun ruangnya agak terhad.

Adakah anda selalu terfikir:

* Tidak tahu hiasan apakah yang sesuai untuk kediaman kecil anda?

* Tercari-cari idea mudah menghiasi kediaman anda?

* “Aku berpendapatan sederhana, rumah pula kecil...tak kan pulak nak panggil pereka, hias rumah aku?”

* Tidak puas hati terhadap hiasan kediaman anda sekarang.

* Tiada masa untuk menghias!

* Memberikan alasan “ruang kecil dan sempit, susahlah nak hias!”


Adakah anda ingin:

* Ketahui bagaimana memilih warna, perabot dan aksesori.

* Teknik dan tip mudah untuk menghias.

* Mendapat pujian keluarga dan rakan taulan yang melawat rumah anda!

* Kepuasan diri dalam mencantikkan kediaman hasil titik peluh sendiri!

* Merasa tenang dan selesa di sekeliling anda, pada hari yang tertekan!


Namun begitu banyak panduan yang mampu kita perolehi samada majalah atau pun blog-blog tertentu. Tetapi jika kita pandai memperaktikkan kebolehan kita sudah pastinya hasil yang akan diperolehi amat memuaskan hati.Jadi anda tunggu untuk melihat koleksi saya nanti apabila hasilnya siap kelak....