Thursday, December 22, 2011

Wangi - wangian

Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia. Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan.

Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian.

Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.

Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Wednesday, December 21, 2011

Wangian Melambangkan Personaliti

Terdapat 6 kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-

1) BUNGA-BUNGAAN
Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

2) BUAH-BUAHAN
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

3) OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

4) HIJAUAN SEMULAJADI
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar!

5) ORIENTAL
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

6) KAYU-KAYAN
Wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

Diantara keenam-enam di atas yang mana satu merupakan wangian yang melambangkan personaliti diri kita. Cuba mengenal "Personaliti diri sendiri".

Tuesday, December 20, 2011

Pengaruh Wangian di dalam kehidupan

.<



Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani, bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya. Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.

Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai "Sistem Perubatan Aromatheraphy". Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood, MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan sesuatu amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka.

Di antara bau-bauan dan wangi-wangian yang boleh diamalkan untuk meninggikan kecerdasan mental ialah :-

KASTURI
Letakkan di dalam bilik dan sentiasa menciumnya.

AMBAR
Diperolehi dari pokok pain. Dijual di kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. Diminum airnya.

KAYU GAHARU
Dibakar dan asapnya disedut. Boleh meningkatkan minda, menguatkan deria pendengaran dan penglihatan.

BIJI SESAWI
Tumbuk halus-halus, masukkan ke dalam kain kemudian dicium setiap hari.

TANDUK KAMBING
Bakar dan sedut baunya.

RAMBUT MANUSIA
Imam As-Sya'rani menyatakan faedahnya untuk kecerdasan. Bakar dan sedut baunya.

Perkara yang paling penting sekali ialah tubuh badan, tempat dan pakaian anda haruslah wangi. Jaga kebersihan badan, dalam bilik, rumah dan kereta. Gunakan wangi-wangian yang anda sukai. Wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak perlbagai penyakit. Elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.

Monday, December 19, 2011

Belajar berniaga

10 Tip memulakan Perniagaan kecil-kecilan.

Berikut adalah 10 tip perniagaan yang boleh kita manafaatkan bersama-sama di dalam kita membina empayar perniagaan kita. Biar pun kecil namun ia adalah titik usaha kita di dalam mempelajari selok belok perniagaan. Bagi yang ingin memulakan perniagaan bolehlah kita berkongsi ilmu untuk kejayaan bersama.

1. Untuk berjaya di dalam perniagaan kita perlukan pengorbanan. Usahawan adalah individu yang sanggup bekorban sekarang untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

2. Jangan terlalu merancang sebelum membuat keputusan. Ramai yang terlalu merancang sehingga lupa untuk bertindak.

3. Semua perancangan perniagaan yang kita fikirkan adalah betul. Tiada satu pun yang salah. Buktikan perancangan kita betul dengan mengambil tindakan. Salahnya bila kita apabila tidak bertindak.

4. Perniagaan adalah mengenai networking. Apabila kita tidak menambah networking maka kita tidak menjalankan perniagaan.

5. Pemasaran secara konvensional yang kita lakukan untuk perniagaan kita seharusnya seiring dengan pemasaran secara online. Sebagai seorang usahawan, dunia perniagaan sekarang pemasaran secara online tidak boleh di abaikan. Fakta, beliau juga banyak memperolehi pelanggan secara online.

6. Bekerja dalam kumpulan adalah yang terbaik kerana kita sendiri tidak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Apabila bekerja dalam kumpulan, banyak benda yang kita boleh lakukan dan gandakan keuntungan.

7. Masalah perniagaan adalah satu perkara biasa. Masalah biasanya datang dari diri kita sendiri ataupun dari luar. Namun, jangan sesekali kita biarkan masalah perniagaan mempengaruhi diri kita kerana sebagai usahawan kita perlu sentiasa kelihatan hebat di mata pelanggan dan pesaing. Selesaikan masalah secepat mungkin.

8. Duit aliran keluar masuk di dalam perniagaan adalah sangat penting. Sebagai usahawan kita perlu berdisiplin apabila berurusan berkaitan kewangan. Nanti, senang nak buat pinjaman bank.

9. Perniagaan memerlukan modal pusingan. Oleh itu gunakanlah wang simpanan yang ada sebagai pelaburan. Jangan takut, kerana jika kita kuat berusaha sudah tentu modal pusingan tersebut akan diperolehi semula.

10. Di dalam perniagaan kita perlu berfikir diluar kotak dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Wahai pembaca yang budiman,

Saya memulakan perniagaan sampingan ketika bekerja di sebuah kilang di utara tanah air. Dari situ terasa kepuasan apabila saya mampu membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah. Pernah dengan menggunakan wang hasil dari keuntungan jualan itu juga, saya telah pergi melancong ke Langkawi Kedah hampir seminggu dan mampu menghadiahkan kepada isteri saya seutas gelang emas. Terasa puas kerana setelah berusaha saya mampu membeli apa yang dihajati walaupun ia tidak seberapa.

Namun begitu pada awalnya terasa kekok dan malu untuk menjual kain pasang, minyak wangi dan sebagainya kepada pelanggan. Tetapi apabila berjaya memperolehi wang pusingan modal tersebut semula, terasa betapa nikmatnya berniaga. Ia adalah hasil daripada titikpeluh sendiri.

Oleh itu jangan takut untuk memulakan perniagaan walaupun hanya sebagai sampingan kerana ia mampu menjana pendapatan kita. Saya terasa terpanggil semula untuk memberi peluang kepada sesiapa yang sudi untuk menjadi pengedar minyak wangi. Kita gunakan modal yang kecil untuk bertapak. InsyaAllah dengan izinnya nanti, berkat usaha kita walaupun kecil ia boleh menjana pendapatan kita.